Perginya seorang sahabat

Bismillahirahmanirahim
(Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang)


How do I begin.
.
.
.
Hati rasa sayu to wrote this up, but in shaa allah I will try.


The moment I wrote this, one of my good friend whom is dear to me and so is to everyone else, has already return to Allah s.w.t. kerana sesungguhnya dari dia kita datang dan kepada dia jugalah kita kembali.


Buat arwah, Shahrul Redzuan bin Saifuzzaman.
.
.
.
Dengan rasa rendah hati I hope whoever that manage to read this, will take a moment dan sedekahkan al-fatihah buat arwah shah before I continue some more.


Siapa sangka perginya dia seorang sahabat dalam usia yang begitu muda, siapa sangka dia yang kita jumpa hampir setiap hari kini sudah tiada. hari ini dah cukup dua hari shah di sana. Shah, kami doakan semoga kau sentiasa dalam perlindungan allah.


Bila teringat nama mesti terbayangkan muka shah. how do I tell you about arwah shah? but one thing that I can definitely tell is, aku tak pernah rasa tak senang dengan shah, bagi aku shah ni dia baik, dan sangat menjaga hati orang sekeliling dia. kalau dia rasa macam gurauan dia kasar, cepat-cepat dia minta maaf. that is how he is. semua orang suka cakap shah comel. and shah, dia suka makan. I love that fact, it makes me smile.


dan kami? kami suka usik dia. kan korang. kita suka usik shah, sebab shah dia tak cepat melatah, dia layankan je perangai sorang-sorang kawan2 dia ni. yang mana yang nakal tu tau jelah suka sangat membahan. but shah, now kitorang semua rindu kau.


Arwah shah pergi kerana demam denggi berdarah. kami tak aware that demam denggi could be this bad. jadi aku mohon to everyone jangan lah ambil demam walau sehari as something yang ringan. because it can get ugly. Semua sedih that this happen tapi kita cuma manusia biasa, yang tentukan semuanya allah. Dan setiap ujian allah datang dengan hikmahnya yang tersendiri. jadi sebagai kawan, apa yang mampu sekarang cuma untuk aku sedekahkan doa bila mana teringatkan dia.


Betullah, orang yang baik tu allah sayang, allah ambil dia dulu, jadi kita yang tinggal ni berusahalah untuk jadi yang lebih baik. Mungkin dalam pemergian shah adalah untuk mengingatkan kita yang still hidup ni juga. kan?


Dulu, shah selalu baca blog ni, selalu tanya, zaf bila nak update blog. tak ramai yang tanya macam tu selalu, yet he asked. thats why I said, he's a nice guy.


Last night I scroll his instagram, penuh gambar kawan-kawan daripada gambar dia.


Today I watch our class video that was taken masa hari terakhir before kita semua ikut haluan masing-masing and thats when we all come across shah punya pesanan untuk semua orang. He said "dalam setiap pertemuan pasti ada perpisahan tapi make sure perpisahan tu bukan perpisahan yang sia-sia". Hence here is the link to the video https://www.youtube.com/watch?v=fUt1mk8gB7g


I will keep those pesanan within me.


Buat sahabatku, semoga kau tenang di sana. Amin.
.
.
.
Al-fatihah.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

The song

Random I guess?